Dunia adalah perhiasan. Sebaik-baik perhiasan dunia adalah wanita solehah.
(Hadith Riwayat Muslim)
Allah s.w.t. dan Islam mengangkat derajat dan nilai wanita yang solehah. Dengan sifat solehah itu, wanita menjadi mahal dan mulia. Bukan sebarangan harta, tetapi sebaik-baik harta. Dalam kata lain, tidak ternilai.
Semakin jauh seorang hamba daripada Allah dan Islam, semakin tidak bernilai hamba itu. Semakin dekat seorang hamba itu kepada Allah dan Islam, semakin bernilai dan tinggi derajat hamba itu.
Maka, wanita yang lebih dekat kepada Allah dan Islam, lebih bernilai dan mulia wanita itu.
Wanita yang mahal dan mulia pada pandangan Islam ialah wanita yang tidak meletakkan derajat dan kemuliaannya pada uang dan harta, tetapi pada iman dan kasih suci dalam hati, perkataan dan perlakuannya.
Kalau diletakkan nilai dirinya pada uang, uang sukar diurus, akan hilang dan habis.
Kalau diletakkan pada iman dan kasih suci dalam hati, perkataan dan perlakuannya, ia akan berkekalan sehingga hari kiamat dan seterusnya membawanya ke syurga Allah. InsyaAllah.
Dengan sifat solehah itulah wanita menjadi mulia.
Auratnya kan tidak terdedah murah.
Akhlaknya kan sopan tidak mudah berubah.
Prinsipnya kan kuat tidak tergugah.
Kerana iman yang mengikat,
membuatkan seorang wanita itu menjadi hebat.
Ingin menjadi
muslimah sejati itu susah..
mukminah tambah susah..
mujahidah juga payah..
Namun, susah-payah itu takkan diendah
akan digagahi, akan ditabahi
demi solehah, demi Allah
karena akhir pasti indah.

0 komentar:
Posting Komentar